Kelab permotoran yang terbesar dan paling lama bertapak di Negeri Terengganu
Dear all forumers,
Salam dan Selamat Sejahtera,
Bagi pihak Admin, Moderator dan semua warga forum, Selamat Datang diucapkan ke forum KMTrg.forumotion.com.
Sebagai orang yang baru menyertai forum ini, adalah diingatkan supaya anda mematuhi etika-etika dan tatasusila di dalam berforum.
Selepas anda mendaftar, anda akan mula berforum tentang pelbagai topik dan pandangan.
Jadi, sebelum itu adalah baik jika dapat diperkenalkan diri secara jujur dan ikhlas.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu di ambil bagi menjadi seorang ahli forum yang berhemah:
1. Mendaftar untuk log in.
2. Menggunakan nickname yang tidak membawa maksud yang tidak baik.
3. Sediakan gambar anda dengan saiz 100x100 untuk dijadikan Avatar anda. Di dalam gambar tersebut sila letakkan gambar wajah anda dengan jelas.
Identiti anda di dalam forum ini dapat dilihat oleh ahli lain melalui Avatar anda. Avatar berbentuk kartun @ tiada maksud tidak dibenarkan dan anda semua dinasihatkan juga melengkapkan Additional Info masing-masing.
Seperti nama penuh, no. pendaftaran, email, dan jenis kenderaan anda.
4. Selepas itu sila masuk ke thread 'Salam Perkenalan' bagi memperkenalkan diri agar kehadiran anda disedari oleh semua terutama yang telah mendaftar lebih awal daripada anda.
5. Mulakan berforum dengan bersopan-santun. Jangan sesekali terus ‘menyampuk’ sesuatu perbualan tanpa memberi salam.
Mungkin dilihat ahli lain yang berforum agak mesra, usik mengusik dan agak ‘ganaz’.
Perlu diingat kemungkinan besar mereka ini telah saling mengenal dan usik mengusik tidak akan melukakan hati sesiapa berbanding usikan daripada seseorang yang tidak dikenali. Sila berhati-hati.
Walaupun forum ini memberi keahlian percuma, bebas dan terbuka, adalah dinasihatkan ahli-ahli baru menghormati ahli yang lebih lama, termasuk juga perbincangan-perbincangan yang telah wujud.
Sebelum mengemukakan topik perbincangan baru sila baca dahulu topik-topik lama supaya tidak mengulangi soalan yang sama.
Apa-apa post yang berbaur dan menyentuh sensitiviti perkauman, agama dan provokasi terhadap individu, organisasi etc. adalah tidak dibenarkan sama sekali di post di Forum ini.
Post yang difikirkan oleh Admin atau Moderator berkait dengan perkara diatas akan di'delete' tanpa diberitahu terlebih dahulu untuk menjaga sensitiviti forumer yang lain.
Bagi ahli-ahli lama, pelbagai ilmu pengetahuan telah dicari dan diperolehi sebelum ini dan mereka ini tidak kedekut untuk berkongsi. Cuma perlulah ditanya dengan beradab.
Setiap pandangan di dalam forum ini amat dihargai dan boleh dikongsi di antara semua ahli samada baru atau lama.
Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu tidak akan habis untuk dipelajari.
Akhir kata, bagi mewakili Admin dan Moderator 'Selamat Berforum' dan manfaatkanlah kemudahan ini untuk kebaikan bersama.